Raiz - Labur duit baki anda

Labur duit baki anda

1,000,000+

Total Global Downloads
  • Bundle ID

    com.raiz.my
  • Developer

    Raiz Invest
  • Category

    Finance
  • Price

    Free
  • Update Time

    Feb 27, 2024
  • 15879 Ratings

    4.552267
  • Bundle ID

    com.raiz.my
  • Developer

    Raiz Invest
  • category

    Finance
  • Price

    Free
  • Update Time

    Feb 27, 2024
  • 15879 Ratings

    4.552267

Screenshots & Media

App Info

Description

Raiz membantu anda menyimpan & melabur dengan duit baki pembelian harian anda ke dalam portfolio unit amanah saham. Kami membolehkan rakyat Malaysia mula menyimpan dari awal, melabur dengan kerap unutk mencapai matlamat kewangan.

Raiz di Malaysia merupakan usaha sama antara Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Raiz Invest Australia Limited. Raiz Malaysia menguruskan lebih RM20 juta dalam masa kurang dari setahun selepas pelancaran. Di Australia, Raiz tersenarai di bursa saham dan mempunyai lebih daripada 1.5 juta muat turun.

Auto-bundar
Auto-bundar berfungsi seperti tabung digital. Apabila anda melakukan pembelian melalui kad debit anda, kami akan bundarkan pembelian itu kepada Ringgit yang seterusnya. Duit baki tersebut kemudiannya akan dilaburkan ke dalam portfolio unit amanah saham akaun Raiz anda.

“Raiz baik untuk simpanan jangka masa yang panjang, dan pada masa yang sama duit baki kita juga di labur. Bagi saya Raiz is really good.” – Joel Rondidas

Pelaburan Cara Bijak
Falsafah Raiz iaitu melabur wang kecil secara kerap merupakan salah satu kunci untuk menambah baik kedudukan kewangan anda dalam jangka masa panjang.

Aplikasi Raiz membolehkan anda melabur secara automatik tanpa perlu bersusah payah melalui pilihan auto-bundar, auto-labur dan labur sekaligus.

Kepentingan Sekuriti Data
Keselesaan anda adalah keutamaan kami. Raiz melindungi maklumat anda, mencegah akses akaun daripada pihak luar dan memberitahu anda mengenai aktiviti yang mencurigakan.

Aplikasi ini dikendalikan oleh Raiz Malaysia Sdn Bhd (201801021108) – dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Lesen eCMSL/A0363/2020).

BAGAIMANA KAMI MELABUR

Kepelbagaian
Daripada memilih hanya satu aset, Raiz mempelbagaikan pelaburan anda dalam beberapa kelas asset yang terdiri daripada syarikat antarabangsa dan domestik, bon korporat, bon kerajaan, instrumen pasaran wang dan instrumen pasaran modal lain termasuk aset cair melalui portfolio unit amanahnya.

“App yang mudah untuk pelaburan unit trust, boleh diubah bila-bila masa portfolio pelaburan. Good app suggest to all to try.” – Sumardi Ismail

Pengimbangan Semula Automatik
Raiz mengimbangi semula portfolio pelaburan anda secara automatik untuk mengurangkan risiko dan mengoptimumkan pulangan.

Falsafah Raiz iaitu melabur wang kecil secara kerap, tanpa mengira keadaan pasaran. Kami percaya ini adalah kunci untuk menambah baik kedudukan kewangan anda dalam jangka masa panjang dan menguruskan ketidakpastian pasaran.

Raiz Kids
Raiz Kids membolehkan anda untuk menyimpan dan melabur untuk anak-anak dan/atau tanggungan anda yang berumur bawah 18 tahun.

Makluman Kesihatan Kewangan
Fungsi My Finance membolehkan anda lebih maklum mengenai duit anda. Fungsi ini bukan sahaja melihat kepada perbelanjaan terkini anda, tetapi dengan kemampuan pembelajaran mesinnya, semakin banyak anda menggunakannya, semakin baik ia dapat meramal perbelanjaan masa depan anda.

Matlamat Penyimpanan
Dengan mengautomatikkan dan menamakan matlamat simpanan anda, contohnya untuk percutian, ini akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut. Dengan fungsi 'Savings Goal' kami, anda boleh menetapkan auto-labur yang sesuai dengan tarikh gaji anda. Anda juga boleh mengubah nama matlamat simpanan itu supaya anda fokus kepada apa yang anda hendak capaikan.

“Terbaik la raiz ni, dapat juga aku menabung biarpun secara kecil-kecilan. Platform terbaik bagi sesiapa yang hendak menabung disamping melabur.” – Ridzuan Suboh

Caj Pembayaran yang Mudah & Jelas
Hanya RM1.50/bulan untuk akaun dengan baki di bawah RM6,000 dan hanya 0.025% sebulan untuk baki RM6,000 ke atas.

- Pengeluaran boleh dibuat bila-bila masa sahaja tanpa caj.
- Deposit bila-bila masa tanpa caj.
- Tiada caj untuk akaun dengan baki RM0.

Muat turun Raiz sekarang secara PERCUMA! Tidak ada caj sehingga anda memilih untuk melabur dan anda boleh mengeluarkan wang anda pada bila-bila masa tanpa caj
All

Popular IAP

--

Version History

Version Time
1.20.4 Feb 27, 2024
1.21.2 Jun 4, 2024
1.21.1 May 7, 2024
1.21.0 Apr 22, 2024
1.20.3 Jan 18, 2024
1.20.2 Jan 2, 2024
Preparing

Ranking Trend

Download Trend

Last 7 Days Last 30 Days Last 90 Days
Customize

More by【Raiz Invest】

# App App Category App Price App Initial Release Date
1
Raiz - Labur duit baki anda
Raiz Invest
Finance Free 31 Mei 2020